Herba Untuk Penyembuhan Covid-19

May 28th, 2020

Penggunaan ubat herba dan kaedah tradisional yang dicadangkan oleh pakar perubatan dari China hanya sebagai pelengkap kepada proses pemulihan dan bukan satu rawatan khusus bagi pesakit Covid-19.

Ubat tradisional bukan sebagai satu rawatan tetapi hanya rawatan pelengkap, misalnya dengan penggunaan akupunktur dan herba Cina mungkin boleh mempercepatkan kesembuhan atau perawatan tersebut.

Sekumpulan lapan pakar dari China tiba di Malaysia pada 18 April lalu bagi berkongsi dengan pasukan perubatan Malaysia mengenai pengalaman negara itu dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Antara perkara akan dibincangkan bersama ialah isu perawatan pesakit di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU), isu penyelidikan, penggunaan teknik-teknik atau kaedah-kaedah tertentu sama ada antigen, antibodi dan sebagainya.

Mengambil Langkah Pencegahan Dengan Memesan Herba Untuk Mencegah Jangkitan COVID-19

Duduk di rumah untuk melindungi ahli keluarga yang rendah imuniti dan pesan ramuan herba TheTole Acupuncture. Orang ramai juga boleh menempah Konsultasi Dalam Talian dengan Dato Master Leong.

Entry Filed under: Uncategorized


Most Recent Posts